Contoh Soalan Pegawai Tadbir Bagi SPAJ

 Assalamualaikum.

Aku dapat email dari SPAJ untuk online test. Aku mohon 15/7/2020. Dekat 2 bulan juga la baru dia panggil untuk online test. Seminggu setengah sebelum tarikh exam 25/9/2020  la baru dpat email. Sempat lagi nie nak study.

email dari spaj - 15/9/2020

Jadi ada 2 bahagian yang kau perlu jawab iaitu pengetahuan am dan daya menyelesaikan masalah. Boleh tengok gambar di bawah. Pengetahuan Am ada 40 soalan dan perlu dijawab dalam masa 35 minit. Daya menyelesaikan masalah pula ada 20 soalan dan perlu dijawab dalam masa 25 minit.
jadual exam dan no angka giliran


Dah 2 kali aku buat online test bagi Peg Tadbir. Tahun 2018 aku x sempat nak salin soalan. Tahun 2020 baru la aku sempat salin soalan. Siapa yang pertama kali tu x tahu nak baca apa boleh la tengok.. Tapi bagi negeri Johor la.. Negeri lain aku x pasti.. Aku share 5 contoh soalan pengetahuan am bagi tahun 2020...


Soalan Pengetahuan Am  :

1.  Segmen harga Perumahan Mampu Biaya yang ditetapkan oleh kerajaan negeri bagi pembangunan hartanah     di negeri Johor adalah 

 A ) RM 42 ribu hingga RM 150 ribu

 B ) RM 42 ribu hingga RM 200 ribu

 C ) RM 42 ribu hingga RM 250 ribu

 D ) RM 42 ribu hingga RM 300 ribu

 

2. Manakah antara berikut merupakan matlamat utama Wawasan Kemakmuran Bersama 2030? 

 A ) Untuk menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat Malaysia

 B ) Untuk membawa pembangunan fizikal yang seimbang di antara negeri

 C ) Untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang dinami

 D ) Untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang dipacu oleh sumber ekonomi baharu


3. Kerja-kerja mencantas pokok ialah kerja-kerja projek yang biasanya dijalankan oleh Pihak Berkuasa                 Tempatan di bawah seliaan bahagian 

 A ) Jabatan Kejuruteraan

 B ) Jabatan Perancangan Pembangunan & Landskap

 C ) Jabatan Perhutanan

 D ) Jabatan Penguatkuasa

 

4. Antara berikut yang manakah bukan daripada aktiviti kerja tanah? 

 A ) Kerja-kerja pemotongan pokok bagi tujuan pembersihan kawasan

 B ) Kerja-kerja penanaman pokok hiasan

 C ) Kerja-kerja penggalian parit sementara

 D ) Pembinaan ’Washing Bay’


5. Berikut adalah antara teras utama di bawah Dasar Kelestarian Negeri Johor kecuali 

 A ) Menghijaukan ekonomi

 B ) Memperkasakan aspek penguatkuasaan

 C ) Memulihara warisan alam

 D ) Menambah baik tadbir urus

Comments

Popular Posts