4 Hari 3 Malam ke Pantai Timur

 Assalamualaikum..

Aku nak cerita pengalaman pergi ke Pantai Timur semasa tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) pada 25/6/2020 sehingga 28/6/2020. 4 Hari 3 Malam yang melibatkan 3 negeri, Terengganu, Kelantan, dan Pahang dengan menaiki 2 buah kereta bagi 9 orang. Aku pergi bersama mak abah dan 2 buah keluarga sebelah mak aku. Kami telah kumpul duit sebulan seorang bayar RM50. Kami mula kumpul duit dari bulan Ogos 2019 sehingga Mac 2020. (mulanya PKP kami pun mula buat moratorium mcm bank2 lain buat). Bulan Ogos baru mula balik. Tapi. Kali ini, harga naik ke RM100 untuk seorang. πŸ˜‚πŸ˜‚

Tarikh : 25/6/2020

Negeri : Terengganu

Masa kami bergerak dari Batu Pahat, Johor ke Terengganu pada pukul 6.30 pagi. 7.50 pagi singgah ke Warung Botak (bawah pokok ceri) di Chaah Segamat untuk sarapan pagi. Makanan sedap tapi kuantiti makanan sedikit sangat. Jumlah sarapan pagi RM52 untuk 9 orang. Kemudian sambung lagi perjalanan ke Terengganu. Untuk lunch pula kami berhenti makan di Selera Kampung Warung AJA, depan masjid Bukit Setongkol di Kuantan. Sayangnya terlalu awal kami sampai, ada orang kata kambing bakar dia sedap. Dia baru nak bakar, tak dapatlah nak rasa. Banyak gila lauk dia sampai tak tahu nak makan apa. Jumlah lunch RM97.60. Owner kedai siap bagi 1 pinggan Cek Mek Molek free lagi. Makanan dia semua sedap belaka. Korang boleh tengok lauk dia hanya 1 bahagian sahaja, belum bahagian lain lagi. 

Selera Kampung Warung AJA

Sampai Homestay Terengganu pada pukul 3 lebih. Harga homestay untuk 5 bilik (2 bilik bawah dan 3 bilik di tingkat atas) = RM394.33, booking melalui Airbnb. Homestay bersih dan murah cuma tiada seterika je. Nasib la bawa baju yang tidak perlu digosok, cuma tudung je remuk seribu. Hehee. Pada pukul 5 lebih, pusing-pusing di Masjid Tengku Tengah Zaharah. Kemudian, kami mencari kedai ICT (Ikan Celup Tepung) banyak kedai ICT di tepi Pantai Penarik. Tetapi kami telah tertarik dengan kedai KING Trizai Celup tepung di Kampung Penarik, Chalok, Terengganu. Jumlah dinner bagi ICT RM176.00. Bagi aku rating untuk makanan nie 2 🌟🌟 dari  5 🌟🌟🌟🌟🌟.. Kami order Sotong (liat sangat), Udang (terlalu kecil), Ikan Kembung dan Ikan Selayang (sedap + manis ikan segar), dan Satar (sedap). Nasib sos cecah sedap. Aktiviti malam, banyak rehat di Homestay. Standby untuk perjalanan ke Kelantan pula.
Ikan Celup Tepung (ICT)


Tarikh : 26/6/2020

Negeri : Terengganu ke Kelantan

Seawal jam 7.15 pagi, kami telah menapak keluar mencari makanan. Pada mula nak makan dekat nasi dagang atas tol, malangnya kami terlambat sampai. Orang dah mula beratur panjang. Kami tukar plan, mencari kedai makan yang berdekatan dengan kedai nasi dagang atas tol. Nasib sedap juga. Jumlah sarapan pagi RM63.70. Selepas sarapan, kami ke Pasar Payang (memandangkan hari Jumaat pagi ramai orang di Pasar Payang maka kami hanya pusing di kawasan Pasar Payang dan Jambatan Angkat Terengganu).

pulut lawan dengan ikan rebus dan sambal *sedap gila

Nasi Dagang

Jambatan Angkat Terengganu

Habis je pusing dekat Terengganu, pada pukul 10 lebih kami kemas-kemas barang untuk checkout homestay. Kemudian, sambung perjalanan kami dari Terengganu ke Kelantan. Semasa perjalanan nak ke rumah kawan pakcik aku, kami singgah di kedai keropok lekor. Menu wajib yang perlu dimakan bila sampai Terengganu. Kami tapau 1 set RM5 siap goreng.

Keropok Lekor

 Pada pukul 12 kami singgah berhenti makan di rumah kawan pakcik aku di Felda Chalok. Menu utama tengah hari ialah Nasi Kerabu. Sedap gila dia & bini dia masak. Complete. Ada ayam goreng, ikan goreng, lada solok, sayur, keropok, dan sambal.

Nasi Kerabu

Dekat pukul 1 lebih kami meneruskan perjalanan dari Felda Chalok ke Kota Bharu, Kelantan. Pada pukul 3 petang kami telah sampai ke destinasi seterusnya iaitu Homestay Dusun Tok Ayah. Booking melalui Airbnb dengan harga RM402.37 mempunyai 3 bilik di bawah dan 1 bilik di tingkat atas berhadapan dengan 1 common space. Homestay tersebut ada bela rusa. Awal-awal saja masuk homestay nie, kaki menapak satu anak tangga, bau kepam telah menusuk ke hidung. Aku rasa mungkin baldi mop dia letak tepi tangga menyebabkan bau kepam. Kemudian makcik aku alihkan baldi mop dia, bau itu kurang. Dari segi kebersihan sangat lah tidak memuaskan.


Pada pukul 5 lebih, kami hanya pusing di Pantai Cahaya Bulan dengan menaiki kereta. Terlalu ramai orang di pantai tersebut dengan tiada penjarakkan sosial dan pemakaian pelitup muka (face mask). Kemudian kami singgah kedai runcit untuk beli air, buah dan ridsect (sebab kat homestay tu banyak semut). Semasa perjalanan pulang ke homestay, kami singgah kedai untuk tapau satay baung. Recommend satay dia sedap dan murah. Jumlah makanan 100 cucuk. Dekat kedai nie aku order 50 ayam campur daging (daging x byak, kalau x 50 cucuk daging) =RM48 & 1 ketul nasi impit = RM4. Jumlah satay untuk kedai nie RM52. Kedai satu lagi aku beli 50 cucuk ayam. Harga mahal sikit 50 cucuk =RM50. Jadi jumlah semua sekali RM102.

Satay Baung

Kami balik ke homestay, dan susun makanan untuk dijamu. Sementara yang lain tengah solat jamak dan mandi. Sedang aku ke dapur aku terdengar makcik aku menjerit. *aku ingatkan dia kena histeria, sebab rumah nie macam scary sikit. Rupa-rupanya dia nampak lipas tu naik ke telekung dia. Sebab itu, dia menjerit. πŸ˜‚


Tarikh : 27/6/2020

Negeri : Kelantan ke Cameron Highland

Untuk sarapan, kami panaskan balik satay yang lebih malam tadi. Pagi nie seawal jam 7 lebih kami checkout homestay untuk cuci mata di Rantau Panjang. Harga tak murah mana pun. Mungkin aku tak minat shopping. πŸ˜‚ Diberi masa untuk berada di Rantau Panjang dari 8 lebih sampai 10.30 pagi sahaja. Bajet masa untuk ke Cameron Highland yang mengambil masa 4 jam 30 minit.


Lunch kami singgah kedai di tepi jalan. Jumlah harga semua makanan RM78.00. Perjalanan ke Cameron Highland agak mencabar, di mana waktu untuk checkin Homestay bermula 3 petang sehingga 6.petang sahaja. Sekiranya lambat, baru boleh checkin pada esok hari pada pukul 8.30 pagi. Pada pukul 5 petang kami sudah sampai ke Cameron, boleh checkin lagi. Cameron memang tidak boleh lari dari jem. 5 km je lagi nak sampai ke Homestay mengambil masa 30 minit. Tiba-tiba kereta pakcik aku temperature naik. Jadi terpaksa berhenti tepi dulu, bagi kurangkan bau hangit. Nie pun mengambil masa dekat 15 minit. Memandangkan kena sampai sebelum pukul 6 petang, jadi kami pergi 1 kereta dulu, yg 1 lagi kereta menyusul kemudian. Lagi 2 km sahaja lagi nak sampai Homestay. Masa tu pukul 5.30 petang. 1.5 km ambil masa dekat 15 minit juga la nak sampai ke check in point Homestay. Alhamdulilah nasib sempat sampai. 5.45 petang. di Golden Hills Cameron Highland.

Jem teruk pada petang sabtu

Berhenti sekejap di sini untuk turunkan suhu kereta

Malam itu, ingat nak pergi pasar malam dekat Golden Hill. Sekali belum buka la, masih tempoh PKPP lagi. Belum ada rezeki lagi untuk pergi ke pasar malam. Jadi tukar balik plan makan. Pergi bawah homestay dekat Restoren Nasi Arab untuk tapau makanan, aku tak ingat nama Restoren itu. Harga boleh tahan mahal la. Makanan dapat lambat. Order lain, dapat lain. Itu pun perasan masa nak makan. Rugi. Bayar harga kambing, tapi dapat ayam. Hmmm.. Out. 1 star / 5 star. Jumlah makanan semua sekali untuk malam tu RM204.15.

Comments

Popular Posts