Tidak Berjaya Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)

Assalamualaikum.

Semalam aku baru je post pasal Peperiksaan Online SPA, tengah malam tadi dapat email (dalam pukul 00.01am). Diorang tak tido ke apa hantar email tengah malam.. 😁 Sebelum buka email, seperti yang aku jangkakan.. Tettttt..

Dukacita dimaklumkan anda TIDAK BERJAYA.. 


TARIKHPEPERIKSAANSEKSYENMASA DARIMASA HINGGA
28/7/2020DAYA MENYELESAIKAN MASALAHA10:00 PAGI10:25 PAGI
KEFAHAMAN BAHASA INGGERISB10:40 PAGI11:00 PAGI

Aku kira balik ujian daya menyelesaikan masalah aka soalan matematik. Banyak dah salah. 6 soalan dah aku salah. Masa tidak mencukupi. Aku kurang praktis. Masih bukan rezeki ku lagi untuk dapat kerja Kerajaan. Kita cuba lagi yang lain ya. Kejayaan takkan datang bergolek tanpa kau usaha. Usaha itu tangga kejayaan, tanpa usaha kita takkan berjaya.

Bak kata pepatah Melayu, 'Yang bulat tidak datang bergolek, Yang pipih tidak datang melayang'.
Berapa ramai yang mohon? 
Berapa ramai yang ambil exam
Berapa ramai yang LULUS exam
Berapa ramai yang lepas untuk ujian Pancaindera?
Berapa ramai yang lepas interview bagi 9 lantikan & 15 simpanan?

Tahniah buat 445 orang calon yang telah lulus Peperiksaan Online Pegawai Penguatkuasa.

MAKLUMAN TERKINI: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
===========================================
SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

BILANGAN CALON YANG DIPANGGIL PEPERIKSAAN: 83,258 ORANG CALON
BILANGAN CALON YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN: 54,125 ORANG CALON
BILANGAN CALON YANG LULUS PEPERIKSAAN: 445 ORANG CALON
BILANGAN KEKOSONGAN JAWATAN: 9 LANTIKAN DAN 15 SIMPANAN

Pautan Alternatif:
-------------------

http://e-semakan.spa.gov.my/peg_penguatkuasa

Sila layari laman web:
------------------------
https://www.spa.gov.my/…/senarai-keputusan-peperiksaan-peme…



Comments

Popular Posts