PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

Assalamualaikum.

Baru harini aku ada kesempatan untuk menaip di blog. Setelah sekian lama menyepikan diri. Hehee.. 
*Padahal malas nak menaip.

Minggu lepas 28/7/2020 aku baru je buat Peperiksaan Online (SPA) bagi jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 (Kementerian Dalam Negeri). *pst: tolong doakan aku dapat. Aku tak pasti bila dapat jawapan.

3 minggu lepas 8/7/2020 aku terlepas pandang email bagi menghadiri Peperiksaan Online (SPA)  bagi jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) aka dikenali sebagai MAMPU. Husnuzon, mungkin bukan rezekiku di situ. mungkin Allah nak bagi yang lebih baik lagi. Ikutkan jawatan itu memang kena dengan kos yang aku ambil masa belajar Degree dulu bahagian Sains Komputer. Aku dapat tahu ada peperiksaan ini pun, setelah melihat instagram story kawan Uni. aku.

Barulah aku terdetik nak buka email pada petang tersebut (hari yang sama exam, cuma masa sahaja tak sama).
Kecewa tak usah dibilang, bertapa cuainya aku. Aku bagitahu mak aku yang aku terlepas exam ini, nampaklah muka dia kecewa sedikit. Sorry Mak 😭 rezeki belum masih ada lagi untuk kerja Kerajaan. Aku mohon SPA dari 2016 sampai sekarang ini, baru 2 exam yang sangkut. 1 terlepas, 1 lagi masih menunggu jawapan.  Korang tolong doakan aku dapat kerja Kerajaan ea. Mak aku teringin sangat aku dapat kerja Kerajaan. 

InsyaAllah rezeki Allah itu luas, aku tengah berusaha apply semua kerja Kerajaan yang ada kosong. 7/11/2020 tarikh aku luput untuk mohon jawatan, jadi kena renew setahun sekali. Kalau tak melepas, sayang tu. Terima kasih baca luahan hatiku ini.



Comments

Popular Posts